Sunday 7 August 2016

How to apply Indian visa (Malaysia passport)

Hi...

Bagi yang nak pergi ke India, jangan lupa apply Indian visa sebelum pergi. Senang je nak apply Indian visa, mula-mula isi visa form online, lepas tu print, submit form dekat pusat visa. Lepas 3 atau 4 hari bekerja, siap! Yang penting, isi form betul dan bawa dokumen yang diperlukan.

Takpe, di sini ShizenTrip bagi guide cara-cara buat visa India..

p/s: Ada sedikit perubahan dalam website apply visa bermula 2017, sikit je perubahan roughly sama je dengan guide yang saya tunjuk di bawah.

1) Buka website india visa Malaysia (IVS). Click link di bawah .

 https://indianvisaonline.gov.in/visa/

2) Sila click ikut arrow dlm gambar ye..


3) Isi detail yang diperlukan seperti gambar di bawah. Expected date of arrival = date tiba di India.
     Visa Type : Tourist Visa. Kemudian click next


4) Isi seperti contoh gambar di bawah. Surname mesti dimulakan dengan binti/bin.


5) Isi passport detail seperti di bawah.  Any other valid passport? Kalau tak ada, click No.
Kemudian save & continue. Kalau nak save & temporary exit, sambung isi kemudian pon boleh. Tapi kena ingat application ID.

6) Isi address & family details.


7) Kemudian isi detail seperti di bawah. Save & continue
8) Isi seperti di bawah. No. of entries, pilih multiple, duration: 6 months. Maksudnya dalam masa 6 bulan anda boleh masuk India banyak kali, selagi visa masih hidup. 

9) Reference name in India : letak nama hotel & address & no phone hotel. 
    Reference name in Malaysia, letak nama,address & no phone family di Malaysia. 
    Image upload, kalau tak ada gambar, tak perlu upload. Save & continue.


10) Print form. Settle isi borang. Tak susah kan..Kemudian recheck details, pastikan semuanya okey baru print.



Step seterusnya:

Pastikan anda sediakan:


1. Pasport yang masih mempunyai selewat-lewatnya 6 bulan dari tarikh sah tempohnya dari hari terakhir perjalanan ke India.
2. Satu salinan fotostat pasport di bahagian muka maklumat peribadi;
3. Satu salinan tiket penerbangan atau itinerari penerbangan yang statusnya disahkan (confirmed);
4. 2 keping gambar saiz visa India 
(2 inci x 2 inci atau 5 cm x 5 cm, background putih)
(masa nak ambil gambar bgitau nak buat visa India)
5. Borang permohonan yang sudah dicetak (form yang diisi online)
6. Wang bayaran visa RM189.56 (kalau pergi IVS selain di Kuala Lumpur, bayaran visa RM198, ada bayaran tambahan utk courier.

Setiap pemohon perlu hadir di pejabat Indian Visa Centre Malaysia ini kerana setiap orang akan diimbas secara peribadi setiap jari dan muka pemohon. Kanak-kanak bawah 12 tahun dan dewasa berumur atas 70 tahun tidak perlu hadir, borang boleh dihantar oleh wakil.

*The applicant must be in person during submission for biometric registration. Children below 12 years old and adult above 70 years are exempted from biometric enrolment and their applications may be submitted by a representative.

CHILDREN APPLICANT BELOW 15 YEARS 

  • Photocopy of birth certificate
  • Form to be right thumb print or signed by the child below photograph & on the second page
  • Counter signed by the parents on the second page only
  • Signed copy of the parents passport or IC



Nanti sampai pusat visa, ada kaunter untuk ambil nombor giliran, serahkan borang anda di situ nanti dia akan check dokumen-dokumen anda.

Pusat visa:


1) KUALA LUMPUR :
G-01, Ground Floor, Straits Trading Building, No. 2 Lebuh Pasar Besar, 50050 KUALA LUMPUR
No. Telefon: +603 26922692

2) PULAU PINANG: 
No 105, Lebuh Chulia, 10200 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel. No: 006 04 250 5000

3) JOHOR BARU
Suite 325, 3rd Floor,Pan Global Plaza, Jalan Wong Ah Fook,80000 Johor Bahru, Malaysia.
Tel. No: 006 07 222 3325

4) KUANTAN
No 25 Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang. Tel.No.609 5134050

5) KOTA KINABALU
 Lot G-06,Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephens,
 88400 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia. Tel.No.6088-2459000 

6) KUCHING
Lot 572- 573, Section 10, Jalan Nanas, 93400, Kuching Sarawak. Tel.No.608-2256155

7) IPOH
 No.120, Jalan Sultan Yussuf, 30000, Ipoh, Perak Tel.No.05 2554009

8)MELAKA
 No.2B, Jalan Temenggong, 75000 Melaka Tel.No.0164446467 

9)SEREMBAN
Suite No. 10, Second Floor, Lucky Plaza, Jalan Dato Lee Fong Yee, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Tel.No.06 7674104




Permohonan visa dari pukul 9:00 pagi hingga 2:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti am Malaysia & India. Bagi pengambilan pasport pula dari pukul 4:00 hingga 5:30 petang selepas 3 hari bekerja permohonan dihantar.

Kalau IVS Kuala Lumpur, ambil masa 3 hari bekerja utk siap visa. Selain daripada pusat visa KL, ambil masa 4 hari bekerja untuk siap.

Dokumen disusun seperti ini :


1) BORANG PERMOHONAN 
  • Pastikan nama seperti dalam passport
  • Nombor Pasport yang betul
  • 2 Tandatangan (di bahagian atas dan bawah borang)
  • Alamat Lengkap.


2) 2 KEPING FOTO  2"X2"LATARBELAKANG PUTIH
  • Satu digamkan pada ruangan hujung atas kanan
  • Satu lagi distaplerkan di hujung atas kiri

3) SALINAN FOTOSTAT PASPORT(muka surat butiran bergambar sahaja)

4) SALINAN TIKET PENERBANGAN 


Waktu bila sesuai datang buat visa? Sebenarnya bergantung kepada nasib, kalau ramai orang lamalah kena tunggu nombor giliran. Pilih sama ada datang betul betul awal pagi, atau datang tengah hari. Kalau datang tengah hari mesti urusan visa orang yang datang pagi dah selesai, so tak perlula kita tunggu lama. 

Kalau kena hari yang ramai orang, agak lama nak tunggu no. giliran sampai, siap sempat lepak dekat kedai mamak dulu. Bila sampai no. giliran kita, nanti kena ambil gambar dan scan jari. Lepas tu buat bayaran. Dia akan bagitau hari dan waktu untuk ambil visa. Biasanya kalau submit hari isnin, hari rabu kita datang collect visa (IVS KL). Hari collect visa, datang ambil sekejap je, tak perlu beratur panjang. 

IVS Kuala Lumpur terletak berhampiran pasar seni. Kalau guna public transport, naik LRT sampai masjid jamek. Kena jalan lebih kurang 5-10 minit ke IVS. Boleh cari dekat google map lokasi pusat visa. Sebelah pusat visa ada kedai gambar/fotostat, boleh ambil gambar di situ kalau lupa nak ambil gambar awal. Dalam pusat visa pon ada mesin ambil gambar automatik. 

IVS Penang terletak di Lebuh Chulia, dekat area Masjid Kapitan Keling. First time pergi sini, pusing-pusing juga cari tempat nak parking. Kalau taknak parking tepi-tepi jalan, park kereta dekat Kompleks MPPP Lebuh Pantai (berhampiran CIMB Bank). Sejam RM1 je. Kena jalan sikit dalam 5minit ke IVS. Kalau tak jumpa IVS, cari Restoran Kapitan sebab IVS terletak sebelah restoran ni. Kalau jumpa restoran Kapitan, tanya je orang dekat kedai mana IVS. 


e-Tourist visa (eTV)
Bagi siapa yang jauh dari pusat visa, atau malas nak pegi pusat visa boleh apply e-tourist visa.
Hanya perlu isi online form, kena upload gambar & online payment. Upload gambar kena ikut requirement yang diminta. Tak perlu pergi ke pusat visa. 

Tapi eTV hanya boleh DOUBLE ENTRY sahaja selama DUA BULAN
Harga eTV adalah 50usd, dibayar dalam currency USD dan menggunakan kad kredit.
Mahal sikit dari regular visa tapi berbaloi la bagi siapa yang rumah jauh dari pusat visa atau tak ada masa untuk ke pusat visa. 

Sekiranya mahu khidmat Shizentrip untuk uruskan visa anda, kami boleh uruskan e tourist visa. Harga adalah 50usd(harga visa) + RM20 (service charge).